Soalan Parlimen Nombor 46

Tarikh    : 17 Februari 2009

Soalan   : Nombor 46 

Minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan sejauh manakah kawalan dan pemantauan dibuat terhadap terjemahan ke dalam Bahasa Melayu dalam rancangan-rancangan terbitan Astro.

 

Jawapan : Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai badan pengawal selia sektor penyiaran swasta di Malaysia, sentiasa memantau dari masa ke semasa perkhidmatan terjemahan yang disediakan oleh Astro untuk memastikan perkhidmatan terjemahan yang disediakan adalah bermutu dan berjalan dengan baik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat

Pemberian perkhidmatan terjemahan oleh Astro adalah dijalankan secara sukarela oleh pihak Astro berdasarkan permintaan penonton. Ia bukannya satu syarat lesen yang dikenakan terhadap Astro. Walau bagaimanapun penyediaan terjemahan ini dijalankan secara profesional dimana pekerja yang berkelayakan disediakan untuk menjalankan kerja-kerja terjemahan. Proses terjemahan dijalankan secara langsung dari bahasa asal ke Bahasa Malaysia tanpa menterjemahkannya ke Bahasa Inggeris terlebih dahulu. Ini bagi memastikan mutu terjemahan yang lebih baik berbanding terjemahan yang dilaksanakan dari Bahasa Inggeris terlebih dahulu.

Kemudahan terjemahan ini bukan hanya disediakan untuk rancangan-rancangan terbitan Astro sahaja, tetapi juga disediakan untuk rancangan-rancangan dari luar negara. Adalah didapati bahawa terdapat peningkatan dalam pemberian perkhidmatan terjemahan ini dari tahun ke tahun dari segi  saluran dan rancangan-rancangan yang terlibat. Perkhidmatan ini amat berguna terutamanya bila ia disediakan untuk rancangan pendidikan dan rancangan kanak-kanak.

 

 
< Prev   Seterusnya >