Editor Sahaja






Hilang Katalaluan?

Galeri Aktiviti

Dari Parlimen : Kos Induksi Pekerja Asing
Ahli Parlimen Bachok mengemukan soalan tambahan ketika Menteri Sumber Manusia membuat penggulungan. Beliau meminta penjelasan daripada pihak kementerian mengenai kos latihan atau induksi yang diberikan kepada pekerja asing sedangkan retrenchment fund dan unemployment benefits untuk rakyat Malaysia masih belum memuaskan.

 

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sehubungan dengan pekerja asing dan kaitannya juga dengan latihan. Saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan tentang laporan media baru-baru ini yang semua media menggunakan perkataan majlis graduasi beberapa orang tenaga kerja daripada luar yang semuanya dari negeri India yang terdiri daripada golongan artis, golongan-golongan agama yang telah diberikan satu pendedahan semacam orientasi induksi, pendedahan terhadap budaya dan keadaan di Malaysia sebelum mereka masuk ke dalam pasaran. Ini yang saya baca dalam media. 

 

Saya ingin tahu sudah tentulah program yang sebegini melibatkan kos latihan kepada pekerja luar yang tadi kalau untuk anak tempatannya, retrenchment fund masih lagi sedang didebatkan. Unemployment benefit kalau dilihat daripada jawapan Menteri tadi tidak akan diadakan tetapi kenapa kos yang sebegini boleh dibuat kepada tenaga pekerja luar, diberikan mereka pendedahan tentang budaya negara sebelum mereka masuk ke dalam pasaran kerja dan persoalan saya satu lagi adalah adakah program begini akan diperpanjangkan kepada semua pekerja luar yang hendak masuk bekerja di pasaran tempatan supaya mereka dapat didedahkan dahulu tentang budaya dan sebagainya supaya tidak timbul macam di Johor barubaru, pekerja makan anjing, makan kucing. Kepala anjing dibiarkan di taman perumahan hingga menimbulkan masalah kepada penduduk tempatan. Minta penjelasan

Jawapan :

Terima kasih ke atas pandangan itu. Menjawab tentang kos induksi yang diberi ini, kos induksi memang di dalam sektor-sektor tertentu kos induksi diberi contoh di perladangan diberi oleh majikan tentang induksi dan ini mengikut kursus yang telah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Dalam Negeri mempunyai kursus modul untuk kursus-kursus induksi untuk sektor-sektor tertentu termasuk di pembinaan dan sebagainya.

 

 

Semasa isu sami daripada India yang diperlukan di kuil-kuil di negara ini, pada satu masa ini mereka diberhentikan dan ini menjadikan satu isu kerana sampai masa sekarang banyak kuil di dalam negara kita masih bergantung kepada sami yang datang daripada India. So masa kita telah bincang untuk membenarkan mereka masuk balik, masa itu Kementerian Dalam Negeri telah membuat satu cadangan untuk menangani beberapa isu yang wujud kerana mereka tidak terdedah kepada undang-undang di dalam negara kita dan budaya di sini, kementerian telah mewajibkan bahawa mereka menghadiri satu kursus yang mereka bayar sedikit.

Satu hari sahaja, tidak ada perbelanjaan tinggi kepada kos induksi ini kerana semua latihan dan taklimat diberi oleh pegawai-pegawai daripada kerajaan, daripada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan mereka memahami tentang undang-undang dalam negara kita, apa yang mereka boleh buat dan apa yang mereka tak boleh buat, apa kewajipan mereka dan untuk bantu supaya mereka tahu tanggungjawab mereka semasa tahu tanggungjawab mereka semasa mereka ada di dalam negara ini. Itulah sebab kita mengadakan. Saya mengambil dengan secara baik pandangan yang dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.  
 
Seterusnya >

Undi

Who's Online

Kami ada 12 tetamu online
Ramadhan
27
Isnin
1431 HIJRAH